Masa terus berjalan, adalah itu tepat maksudnnya??? ke masa terus berlari??? apa pun masa terus berlalu dan tidak kan undur semula... masa terus berjalan tanpa henti dari hari ke sehari tanpa menunggu mana2 insan yg berada dimuka bumi ini (termasuk lah diri yg kerdil ini). Kita amat menghargai masa di mana kita perlu untuk membereskan kerja2 kita yg tertangguh... kerja sebagai seorng student tidak akan terlepas dgn lambakan assingment yg bertimbun dan test... bila dah saat genting untuk summit assingment masa tu la baru nak bersengkang mata menyiapkan tugasan, tugasan yg diberikan untuk disiapkan dalam tempoh satu sem, dapat pula disiap kan dalam masa 2-3 hari (tp adakah ia berkualiti) disebabkan masa untuk summit telah dekat, masa tu baru nak menyesal dan ingin berubah untuk tidak menangguhkan tugasan yg diberikan..tp malangnya kejadian itu akan berulang kembali.. aku yakin ia nya bukan terjadi pada diri ku tetapi juga dialami oleh student lain. Jadi bagaimana ingin berubah secara totally berubah, kalu lah begini setiap sem, alangkah ruginya diriku..(tp dah sem akhir). tp pe kita implement masa keja nnt pun boleh.. masa keja nnt lebih byk tugasan yg bakal menunggu.(insyaALLAH moga2 dapat keja dgn cepat)
Lusa mlm first test final, insyaALLAH akan lakukan terbaik, ada satu lagi PBL yg belum disentuh..esok akan ku cuba habiskan... masa ku harus disusun dengan baik. minggu ni byk paper harus dihabiskan.. ya ALLAH permudahkan lah urusan hambaMu ini.

Disaat-saat akhir ini fokus amat penting buat diri ku. Fokus saja dapat membantu ku untuk belajar secara berkesan. sejak akhir2 sem ni fokus terhadap pelajaran ku semakin berkurang. daya penumpuan ku juga semakin berkurang, ini membuat ku risau untuk aku menduduki final paper. ya ALLAH bantu lah hamba Mu ini. Hamba Mu ni ingin berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat, berikan lah aku kekuatan untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan tidak bermalasan, dengan pertolongan Mu sahaja dapat membantu ku. ya ALLAH bantulah hamba Mu ini untuk fokus dlm menuntut ilmu, dan jauhkan dari perkara-perkara yg boleh melalaikan diri ku. Good Luck juga buat kawan2 seperjuangan yg akan menduduki final exam. Agar kita sama2 berjaya dengan cemerlang di menara gading (boleh guna ke istilah tu?? ada gading ke kat menara). InsyaALLAH =)
sekian.. slamat malam... sweet dream =)

No comments:
Post a Comment