Search This Blog

Friday, 14 October 2011

"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...'

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang
sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya
memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya
dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu
daripada semua ini....

*****************************************************************

1.
salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama
sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy
harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab
ni…

2.

Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try
sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik
sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3.
Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2
tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4.
awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak
pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk
dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate
cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk
da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. 

Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6.
Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy
utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk
pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan
je..thanks syg.. love u... ..

7. 

Yang. kekdang bi tgk
syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq
ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8.
Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat
utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn
risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji
kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10.
Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh
pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. 

Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12.
Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. 

Syg..abg sory
ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh
xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14.
Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg
ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa
pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan
abg skali ek..miss u..

15. 

syg..just nk tanya.. syg
cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just
nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16.
Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg
special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. 

Yang.. syg
cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg
janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. 

Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. 
Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. 

Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20. 

huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... 
xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. 

huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, 
lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. 

Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....
gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. 

xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24.
sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak
dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut
syg yg besar tu..

25. 

Ape!! RM 5,000?? kau yg
mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan
masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau
kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin
kat kau!! pergi mmpos!

26. 

jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.

(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar...

Thursday, 6 October 2011

TiP menCari JodoH taNpa CoupLe

❤✫•°*””*°•✫❤✫•°*””*°•✫❤✫•””*°•✫❤✫•°*””*°•✫❤

(`'•.¸ "Habis nnt macam mana nak cari isteri/suami?"

bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~

berserah sahaja kepada Allah~

bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`'•.¸ "Bukan kita kena USAHA ke?"

memanglah kena usaha

tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?

tapi COUPLE is WRONG

baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~

pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`'•.¸ "Nanti kena REJECT macam mana?"

dah nak REJECT..nak buat apa?

fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita

Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA

kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`'•.¸ "Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?"

lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~

teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~

tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~

kamu nak masuk SYURGA ke NERAKA r?

kalau belum cukup lagi tu~

simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama kamu leh suka kat bdk tu?

maybe perasaan kamu tu just CRUSH only~

(`'•.¸ "Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk."

Ye~ Saya tak kata saya baik. Kamu yang menilai diri saya ini.

Macam mana kamu NILAI or pandang..itu terpulang~

yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?

sbb nanti akhirat saya yang kena soal~

kenapa saya tak sedarkan kamu semua?

kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?

sekarang~ I have DONE my job~

nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`'•.¸ "Mak & ayah restu lah."

Memanglah mak & ayah restu~

tapi Allah restu ke tak ea?

kamu FIKIRlah sendiri~

semua diberi AKAL untuk berfikir

saya yakin kamu pandai menilai apa yang baik & buruk

ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`'•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI

tapi manusia yang mengotori ikatan ini

oleh sebab terlalu mengukut budaya barat

semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`'•.¸ fikirlah wahai RAKAN

kita ni umat akhir zaman

kiamat tu PASTI

kenapa kamu tak SEDAR lagi

or kamu tahu just buat2 tak tahu saje?

fikir-fikirkan lah~
wassalam........

AnDai iTu TakDirNya

Sudah lama diri ini meninggalkan sesawang blog, Tiba2 pada hari ini diriku seperti dipanggil utk melihat kembali apa yg telah ku tinggalkan. Mungkin disebabkan keresahan yg melanda hati sepanjang minggu ini, dan tiada tempat yg dpt ku luahkan. Bukanlah diri ini mengambil langkah utk moody, tp kadang kala keadaan sekeliling yg mendesak diri ini menjadi sedemikan. Diri ini juga insan biasa, yg mempunyai kelemahan dan kekurangan dalam menjalani kehidupan..

Andai itu takdirnya inilah entry pada hari ini, dihrpkan ia dpt membantu mengubati hati yg sedang terluka ini. Ya ALLAH engkau sejuknlah hati ku ni, kembalilah ia tenang spt sediakala

Andai itu takdirnya ku terima seadanya. Sudah tentu terselit hikmah disebalik musibah. Cuba kita perhatikan bunga mawar yang mekar kemerahan, sungguh cantik. Namun awas durinya mampu melukakan kita. Begitulah setiap yang indah bukannya mampu diraih dengan mudah namun perlu meredah berbagai mehnah, gunung perlu didaki lurah perlu dituruni. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.


Kadangkala kita sering lupa bahawa kita hanyalah hamba di bumi tuhan.Tidak layak kita membantah takdirnya. Namun kekadang tersungkur jua. Hati dalaman membentak ganas. "Mengapa tuhan?" Jika begitu cepat-cepatlah kembali kepada fitrah. Kita hanyalah seorang hamba tumpangan yang singgah sebentar menyemai amal untuk hari yang dijanjikan tuhan. Siapa berusaha dia berjaya. Man jadda wajada waman zara'a hasoda. Hasilnya berlandaskan keikhlasan dan teguhnya iman. Siapa banyak amalnya, sekelip mata lepas titian sirat, siapa kurang amal timbangannya, mungkin terjatuh di tengah perjalanan. AWAS! Andai itu takdirnya, katakanlah Ya Allah aku redha dengan pemberianmu. Biar setinggi mana halangan akan ku sahut, biar sejauh mana haluan, akan ku tempuh. Biar bermandi darah sekalipun akan ku berjuang hingga ke titik yang terakhir. Tidak sekali ku mengalah walaupun sesekali lelah. Indahnya jika begini wahai sahabat. Namun bukanlah semudah lafaz bicara. Hanya orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa yang mampu lakukannya. Jadilah diri kita menuju kearah itu. Insya-Allah. 

Lipatan sejarah terpapar. Kesusahan mengajar erti kematangan. Kegetiran mendidik erti kecekalan. Junjungan Besar kita dari kecil di duga, kehilangan bapa ketika masih belum sempat melihat dunia, kemudian ibunya menyusul pergi ketika baginda masih memerlukan seorang ibu. Jadilah baginda yatim. Tanpa berkeluh baginda tempuh. Ketika masih dahaga curahan kasih dari datuknya, Allah terlebih dahulu memanggil. Tinggallah pula baginda bersama bapa saudaranya. Di situ terpapar jiwa besar baginda. Biarpun masih kecil baginda sudah bekerja. Mengembala kambing benar-benar mendidik baginda supaya sabar dan cekal. Ini hasilnya. Baginda mampu menyebarkan Islam di bumi tuhan walau berbagai rintangan dan cabaran. Di situlah hikmah sabar. Di situlah terselit kemanisan berjuang. Misi diimpi menjadi realiti. 

Lihat pula Bilal bin Rabbah si hamba habsyi. Di hatinya hanya ada tuhan. Tidak sanggup menyerah demi akidah. Ahad! Ahad! Ahad!. Kemudian, Si Hamzah singa Allah. Tidak sesekali hatinya gerun. Demi Allah dan Rasulullah dia sanggup berjuang. Biar hati dilapah namun Syurga yang diterjah. Sungguh Indah! Ramai lagi yang berjiwa besar. Namun mereka tetap sabar. Kerana mereka ada buah iman, mereka punya akar takwa. Sesukar mana dugaan bukan halangan. Cuma semangat yang perlu dikocakkan. Iltizam yang perlu dinyalakan. Mereka sudah membuktikan, kita bila lagi!

Andai kita diuji dengan kematian orang yang kita sayangi, jangan terlalu bersedih doakanlah untuknya. Sampai masa kita pula menyusul. Andai kita diuji dengan sebuah perpisahan, yakinlah jika kita tidak berjumpa di dunia. Insya-Allah di syurga yang kekal abadi. Andai kita diuji dengan kemiskinan bersyukurlah kita masih lagi mampu bernafas di bumi tuhan. Jadi banyakkanlah amal supaya kita kaya di sana. Andai kita diuji dengan kesenangan. Ucaplah Alhamdulillah akan aku agihkan rezeki tuhan kepada yang memerlukan. Andai kita diuji dengan kesusahan janganlah goyah. Sahutlah cabaran dengan hati yang gagah kerna itu yang mendewasakan kita dalam musafir panjang. 

Wahai sahabat andai itu takdirnya. Terimalah seadanya. Janganlah berkeluh lalu lumpuh. Ayuh kita semarakkan perjuangan di bumi tuhan agar kita mendapat manfaatnya di hari kemudian. Setiap musibah ada hikmah. Ubat itu pahit namun menyembuhkan. Jika ingin ke puncak mesti mendaki. Bukannya hanya merenung tanpa bertindak. Yakin akan janjinya. Tuhan tidak pernah berdusta.


Wallahu'alam...........

Friday, 22 July 2011

Adakah kamu sibuk bermain hati



satu teguran buat diri sendiri..

Mengapa kita SIBUK bermain dengan hati dan perasaan cinta ???
Perlukah ???

Hati dan Perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan , ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
sampaikan satu tahap kita akan terjebak dalam bercouple.

aku menasihatkan diriku, lupakan cinta dan perasaan ingin mempunyai pasangan. jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. ia tidak akan membawa kemana-mana. perjalanan terbentang jauh.

Jodoh?
Masih tak yakin dengan janji Allah.
ingatlah sahabat kepada qada' dan qadar ALLAH..qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang dahulu sejak azali. qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.

Lihatlah..
anda punyai misi untuk islam. mengapa lembik dan cair kepada perasaan dan cinta. ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

ia bukanlah satu perkara yang main-main. kita ingat ia hanya perkara keseronokan? untuk merealisasikan mimpi indah? tidak. ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT satu ketika nanti. adakah kita laksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa pertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Penutup : Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan. dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang. tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya. Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNYA.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKU? Hari ini KUnaungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naunganKU.."
Wallahualam..

Tuesday, 12 July 2011

Ulang tahun kelahiran adikku Siti Nur Safiah

12 Julai 2004 -  8.30 pagi
Lahirlah seorang insan yg ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh ALLAH tiada masalah semasa adik kecik ku dilahirkan. Tidak sabar rasanya tuk tahu adik ku kali ni girl or boy. Sebelum ni semua hero2 belaka kat umah. Nak juga adik perempuan buat teman. Lps waktu sekolah bapa ku terus membawa ku ke hospital tuk tgok adik. “bapa, akak dpt adik girl or boy??” tya ku “ tgok la sendiri nnt” jwb bapaku. Tak sabarnye nak tahu ( dlm mindaku mula la nak berangan-angan). Sampai saja hospital aku terus ja menerpa tuk cari mama ku. Dah mcm sebulan tak jumpa hihi. “ adik ni boy or girl ma” tya ku, “akak dpt geng baru” jwb mama ku.. senyum sampai telinga la aku, akhirnya dapat juga heroin kat umah. Sebelum ni kwn ngan hero2 belaka....



                                                      Bila si kecik bersama abg-abgnya

12 Julai 2011
Hari ni genab la adik kecik ku berumur 7 tahun. Walaupun masih kecik tp dah pandai minta hadiah mcm2. ish2x mentang la bongsu. Siap ingat kat abg2 n akaknya tarikh lahir dirinya. “abang sok hari jd adik nak hadiah” adik berkata, “ abg ada blikan ayam pizza atas meja depan pi la makan” jwb abgnya. Tersengih ja dapat makan ayam.. Semalam bapa ku dah blikan kek, suka sakan dia pastu ditambah pula ngan jam baru yg bapaku blikan. Ape lagi bergaya sakan la dengan jam baru ke sekolah.

Bila buka ja FB adik sudah pastinya ada saja yg mengucapkan selamat hari lahir. Mcm2 ucapan yg diucapkan oleh kenalan FB adikku.. Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah “selamat panjang umur” ttp “selamat pendek umur”. Hal ini krn tempoh mati seseorg telah ALLAH tetapkan did lm rahim ibu lg. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita. Iaitu hari ini setapak lagi kita akan menghampiri tarikh kematian kita.

Namun, kematian bukan pengakhiran. Mati adalah satu permulaan kpd hidup yg tidak mati-mati lagi (hidup di alam akhirat). Hidup di dunia adalah mengusahakan tanaman untuk tuaian bg hidup di akhirat. Itulah tujuan hidup yg fana ini, demi kelangsungan hidup yg baqa itu.

Ku harapkan buat adikku ni akan menjadi yg seorg yg bijak, kerana orng yg bijak akan panjang umurnya. In kerana orng yg bijak ialah orang yg mengingati mati dan terus membuat persiapan bukan shj untuk hidup sebelum mati, ttp juga untuk hidup setelah mati. Merekalah org yg sangat prihatin dgn penggunaan masa sentiasa memanfaatkan ruang tuk melaksanakan kebaikan sebanyak-banyaknya.

Monday, 16 May 2011

Senjata Diri ku

Assalamulaikum w.b.t

Sudah lama, diri ini tidak mengupdate blogku ini. Buzykah diriku ini? Hanya tuan badan sahaja dapat menjawabnya. Masing-masing ada komitmen masing-masing. Diri ini masih tertanya-tanya, tercari-cari, menanti-nanti, bagaimanakah perjalanan hidupku akan datang? Setelah tamatnya pengajian ku di UPM. Diharapkan diriku terus berada dijalan diredai ALLAH. Ya ALLAH pemudahkan urusan hidupku. Hanya padaMU hambaMU ini memohon pertolongan. HambaMU ini hanya mampu merancang dan hanya Engkau yang dapat menentukannya.

Sering kali kita terdengar, yakni ada di antara kita yang sering mengharapkan sesuatu tanpa meminta kepada ALLAH, Nauzubillah. Moga kita dijauhkan daripada sifat itu. Janganlah kita memohon pertolongan selain daripada ALLAH. Hanya kepada ALLAH tempat kita memohon pertolongan. Bukan meminta pada kawan2, ibubapa, guru2, suami, isteri dan orang lain. Mereka semua adalah asbab sahaja dalam memberikan pertolongan. Firstly, terdetik dalam hati, mohonlah pada ALLAH. InsyaALLAH, ALLAH akan memberikan jalannya. Berdoalah hanya kepada ALLAH kerana doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

Doa ialah senjata orang islam yang paling berkesan. Doa juga adalah ibadah. Orang yang berdoa akan mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH. Walaupunbagaimanapun, seseorang itu tidak boleh bergantung kepada doa semata-mata. Tetapi harus ada usaha yang gigih. Ini kerana, tanpa usaha, doa yang dipohon tidak mungkin akan dimakbulkan. ALLAH berfirman yang bermaksud Dan Tuhan kami berfirman, “Berdoalah kepada KU nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada KU, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan yang hina” (40:60)

Sewaktu berdoa seharusnya kita menjaga adab. Semoga doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan ALLAH. Antara adab-adab ketika berdoa adalah seperti :-
1.       Apabila seseorang itu hendak berdoa kepada ALLAH, hendaklah dia melakukannya dengan sebaik-baik dan bersungguh-sungguh
2.      Pada waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
3.      Menghadap kiblat
4.      Merendahkan suara antara kedengaran ataupun tidak
5.      Cukup dengan kata-kata yang sederhana, sopan dan tepat mengenai hajat yang dimohon. Amat baik jika doa yang dipilih ialah doa yang diamalkan oleh Rasulullah
6.      Mestilah dalam keadaan khusyuk dan tawadduk kepada ALLAH
7.      Yakin dengan sepenuhnya bahawa ALLAH akan memperkenankan doa kita.
8.      Bertaubat sebelum berdoa
9.      Menyebut dan memuji ALLAH


Sebagai individu muslim kita perlu menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut bukan hanya ilmu dunia semata-mata, tetapi ilmu akhirat juga harus dalami. Agar kehidupan kita sentiasa seimbang di dunia dan akhirat.

Kita seharusnya sentiasa berfikiran positif, mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan, ikhlas hati dalam melakukan setiap amalan, menghadapi rintangan dan halangan hidup dengan berusaha untuk mengatasinya, mengatur strategi pembelajaran, akal digunakan dengan sebaik-baiknya dan tidak menganggap gagal sekali bermakna gagal selama-lamanya.

“Ilmu itu lebih baik daripada harta, sebab ilmu itu selalu menjagamu, sedangkan harta engkau yang selalu menjaganya” – Saidina Ali B. Abi Talib-
Oleh itu, berusahalah menjadi individu yang bukan sahaja cemerlang akademiknya, bahkan berilmu dan bersahsiah.


Thursday, 5 May 2011

Hari-Hari Akhir Bergelar Mahasiswa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah esok last paper final..=) Walaupun kosmet ku ramai dah habis paper. Dan ada yang dah balik kampung pun. Aku je baru nak kemas2 barang (sapa nak tolong angkat tangan) banyak juga la kena kemas, ada juga yang tak tidor ni. Nak kemas barang. Biasa la barang2 selama 3 tahun ku simpan. Nak bawa balik semua ke kampung nanti.(muat ke kereta nanti)

Akhirnya habis juga ku tamatkan degree setelah 3 tahun berhempas pulas dengan longgokan assignment dan test. Tak sabar rasanya nak tunggu konvo.. tahun ni konvo lewat sikit disebabkan cuti sem yg panjang. Bulan September baru buka kuliah balik, syok gila lepa cuti sem tahun ni. Cuti sakan, time ni la lepa mencari kerja. Kononnya nak cari duit poket.

Best la lepa tahun ni dapat puasa dekat rumah dengan family ramai2. Dapat sahur dan buka puasa dengan family yang tersayang. Buka kuliah pun after raya.. mmg best la…Raya sakan la tahun ni. Masa aku belajar dulu tak merasa nak puasa kat umah.. raya pun cuti sat ja… al-maklumlah diploma 3 tahun kat bumi UPM bintulu, sambung degree lak UPM serdang.. lebih kurang 6 tahun aku berpuasa di perantauan. Kenangan bersahur dan berbuka dengan rakan2 dan kadang2 buka puasa la sorang2…kenangan pergi teraweh dgn rakan2. tp yg best nya masa kat bintulu dulu kami slalu je buka puasa kat pusat islam. Suasana berbuka di UPM bintulu mmg agak berbeza ngan UPM serdang. Di bintulu lg best, tapi entah la ape yg best.. tapi mmg best la. Masa belajar kat UPM bintulu dulu abih je kuliah terkejar2 aku dan rakan2 ku ke Pusat Islam, disebabkan Pusat Islam yg agak jauh dari kampus. tp tak pe semua tu memberikan aku 1000 kenangan (cewah).

Baki2 hari aku di UPM membuat ku kadang kala untuk berfikir sejenak.. apakah akan  berlaku di masa hadapan.. aku sering kali juga berfikir, mcm2 juga dirancang, tp tak semestinya ape yg dirancang akan memberikan hasil yg positif… ape pun perancangan itu perlu. Aku reda dengan ape pun berlaku. Segala ujian yang ditempuhi adalah diuji dengan kemampuan diri kita sendiri.

Rasanya sekejap sahaja masa berlalu, 6 tahun hidup sebagai mahasiswa tidak terasa. Tiba-tiba dah habis belajar. Kalau dulu rasa macam rasa lama je nak habis kan degree. Tapi akhir nya minggu ni last aku di UPM. Macam bermimpi pulak. Tapi apa pun belajar bukan lah berhenti disini sahaja. Menuntut ilmu tidak ada had nya. Dimana jua kita berada harus menuntut ilmu. Sijil yang ada hanya sebagai tiket untuk minta kerja sahaja. Banyak lagi ilmu harus ku cari, bukan ilmu dunia je yang mesti dicari tapi ilmu akhirat juga harus timba.

Sebut pasal kerja, dah banyak borang sudah ku isi. Tapi panggilan temuduga belum lagi diterima. Harap-harap dipermudahkan diri ku ini mendapat kerja. Ku harap kan juga biarla kerja itu bersesuaian dengan diriku. Biarlah kerja itu memberi kebaikan untuk diri ku. Ini adalah penting kerana gaji yang ku dapat akan menjadi darah daging ku sendiri. Oleh itu, akan ku pastikan pekerjaan itu adalah memberikan sumber gaji yang halal. Biarla mengambil masa daripada tergesa-gesa, biar lambat asal kan selamat =)


Saturday, 23 April 2011

Mencari Ketenangan Hati..................

Assalamulaikum w.b.t

Kenalkah kamu pada hati ??? Ada apa dengan hati ??? Adakah hati penting pada diri seseorang insan??? Hati ku adalah segala-galanya buat diriku, baiknya hati seseorang itu maka baik lah jasad insan itu. Oleh itu yang bersih adalah amat penting buat diri seseorang. Jangan biarkan hati itu retak akibat maksiat yang kita lakukan. Jika hati itu sakit maka ubatilah dengan segera agar ia tidak terus melarat. Hati yang sihat membuahkan peribadi yang baik. Oleh itu sentiasa lah mencuci hati-hati kita daripada kekotoran yang menghinggapinya. Perbanyakkan zikir dan meminta pertolongan kepada ALLAH agar sentiasa diberikan hati yang bersih..

Hati itu murni............
Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat.

Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh menjadi baik atau jahat.


* Rasa senang apabila ia dipuji.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia.
.

Hati itu raja, perlu dibajai dengan taqwa.................
Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia.

Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah:

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang.” (Al – Ala: 14 – 15)
“Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat.” (Asy – Syuara: 88-89)
.

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya.

Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.



Moga hati kita sentiasa berada dalam keadaan baik insyaALLAH =)

Wallahu'alam.................
“Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya.” (Asy – Syams: 9)

PENANGAN SINDROM FINAL EXAM...♥ ♥ ♥

Assalamualaikum w.b.t

Setiap kali final exam menjelma maka terdapatlah serangan sindrom yg akan dialami oleh kebanyakkan student. Pada ketika ini lah dapat dilihat berbagai-bagai ragam yang dilakukan bila final exam. Adakah ini berlaku juga pada diri ada , tepuk dada tanya sama hati apa sebab ini berlaku. Mari kita tengok sindrom2 yg melanda student di ipt bila final exam :

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )


2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )


3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)


5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.


7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.


9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.

10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.


12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh.
Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)


13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P


14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.


15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.


16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.


17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”


18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.


19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.


20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

Adakah salah satu sindrom di atas penah berlaku pada diri anda????
Good luck for final exam... fokuskan diri dalam menuntut ilmu




Wallahu'alam......................




adakah fokus penting??????

Assalamulaikum w.b.t

Masa terus berjalan, adalah itu tepat maksudnnya??? ke masa terus berlari??? apa pun masa terus berlalu dan tidak kan undur semula... masa terus berjalan tanpa henti dari hari ke sehari tanpa menunggu mana2 insan yg berada dimuka bumi ini (termasuk lah diri yg kerdil ini). Kita amat menghargai masa di mana kita perlu untuk membereskan kerja2 kita yg tertangguh... kerja sebagai seorng student tidak akan terlepas dgn lambakan assingment yg bertimbun dan test... bila dah saat genting untuk summit assingment masa tu la baru nak bersengkang mata menyiapkan tugasan, tugasan yg diberikan untuk disiapkan dalam tempoh satu sem, dapat pula disiap kan dalam masa 2-3 hari (tp adakah ia berkualiti) disebabkan masa untuk summit telah dekat, masa tu baru nak menyesal dan ingin berubah untuk tidak menangguhkan tugasan yg diberikan..tp malangnya kejadian itu akan berulang kembali.. aku yakin ia nya bukan terjadi pada diri ku tetapi juga dialami oleh student lain. Jadi bagaimana ingin berubah secara totally berubah, kalu lah begini setiap sem, alangkah ruginya diriku..(tp dah sem akhir). tp pe kita implement masa keja nnt pun boleh.. masa keja nnt lebih byk tugasan yg bakal menunggu.(insyaALLAH moga2 dapat keja dgn cepat)

Lusa mlm first test final, insyaALLAH akan lakukan terbaik, ada satu lagi PBL yg belum disentuh..esok akan ku cuba habiskan... masa ku harus disusun dengan baik. minggu ni byk paper harus dihabiskan.. ya ALLAH permudahkan lah urusan hambaMu ini.


Disaat-saat akhir ini fokus amat penting buat diri ku. Fokus saja dapat membantu ku untuk belajar secara berkesan. sejak akhir2 sem ni fokus terhadap pelajaran ku semakin berkurang. daya penumpuan ku juga semakin berkurang, ini membuat ku risau untuk aku menduduki final paper. ya ALLAH bantu lah hamba Mu ini. Hamba Mu ni ingin berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat, berikan lah aku kekuatan untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan tidak bermalasan, dengan pertolongan Mu sahaja dapat membantu ku. ya ALLAH bantulah hamba Mu ini untuk fokus dlm menuntut ilmu, dan jauhkan dari perkara-perkara yg boleh melalaikan diri ku. Good Luck juga buat kawan2 seperjuangan yg akan menduduki final exam. Agar kita sama2 berjaya dengan cemerlang di menara gading (boleh guna ke istilah tu?? ada gading ke kat menara). InsyaALLAH =)


sekian.. slamat malam... sweet dream =)

Friday, 22 April 2011

Kembali ke kampus

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah slamat sampai sudah ke kampus ku
setelah seminggu ku pulang bercuti ke kg halaman ku
setelah puas bercuti di kg tiba lah masa untuk ku berhempas pulas untuk persediaan final exam
sem ni last bg ku tuk berada di meja peperiksaan yang bergelar mahasiswa
insyaALLAH hujung sem ni konvo... best nye tak sabar nak pakai jubah yg warna merah tu..
masa tu lah masing2 dengan berbaju baru..
kalah bergaya masa hari raya.

hari isnin ni dah mula exam...
tinggal 2 hari bagi ku tuk persediaan bg menduduki final exam
diharapkan final kali ni dpt lakukan yg terbaik insyaALLAH
setiap usaha yg dilakukan ada ganjarannya..
usaha --> doa --> tawakal
tu la prinsip yg ku pegang selama ku bergelar mahasiswa..
seorng mahasiswa sememangnya mengejar2 pointer yg tinggi
tipu la kalu tak terkejar pointer yg tinggi
tp bg ku kepuasan mendapat result yg baik adalah dengan usaha yang baik...
biar lah setiap usaha yg dilakukan mendapat keredaan ALLAH
itu lebih baik bg ku...
matlamat ku sebagai seorng mahasiswa bukan hya terkejar pointer yg tinggi semata2 tp mendapat kumpulkan sebanyak mungkin ilmu ALLAH yg ada di atas muka bumi ini..
oleh itu, belajar biar dgn niat yg betul...
insyaALLAH.. ALLAH akan pemudahkan hambaNYA yg ikhlas dlm menuntut ilmu...


ku mohon restu ayah dan mama utk anak mu ni berjaya dgn cemerlang dalam pelajaran
doakan lah anak mu ini semoga berjaya di dunia dan akhirat...
amen..=)

Tuesday, 19 April 2011

mawar baru berkembang

bismillah......
assalamualaikum w.t.b

si mawar baru berjinak2 dgn dunia blog
walaupun sblm ini pernah blajar menggunakan blog
tp telah lama ku tinggalkan.. kerana waktu itu ku belum berminat dlm penulisan
tp baru kini hati ku tergerak ini ingin memilikinya blog  kun tersendiri
aku juga seperti insan yg lain menginginkan hasil penulisan yg baik..
tp ku tahu ia seharusnya dengan menambahkan bacaan...
dgn membaca secara tak langusung ia dapat menambahkan ilmu didada
dgn ilmu yg ada ia dapat menghasilkan penulisan yg baik dan ia juga akan menghasilkan penulisan yg dapat memberi tauladan...
rugilah sekiranya ia hanya penulisan yg kosong jika tanpa apa2 input yg berfaedah
insyaALLAH akan ku gunakan blog ini dgn sebaik mungkin
ia juga bukan shj untuk orng lain malah ia juga akan memberi input baik pd insan kerdil ini juga
semua orang ingin kan kebaikan dalam diri..
tak salah jika berkongsi bersama2 dlm perjalanan utk pengubahan diri kepada kebaikan...
setiap perjalanan yg dilalui pastinya ada duri yg akan diharungi...
yakin lah setiap duri yg dipijaki sesungguhnya ada hikmah disebaliknya..
Ya ALLAH berikan lah kekuatan pada hamba mu ini untuk mengharungi setiap dugaan dan cabaran yg dilalui oleh hamba MU ini....


sekian...