Search This Blog

Monday, 16 May 2011

Senjata Diri ku

Assalamulaikum w.b.t

Sudah lama, diri ini tidak mengupdate blogku ini. Buzykah diriku ini? Hanya tuan badan sahaja dapat menjawabnya. Masing-masing ada komitmen masing-masing. Diri ini masih tertanya-tanya, tercari-cari, menanti-nanti, bagaimanakah perjalanan hidupku akan datang? Setelah tamatnya pengajian ku di UPM. Diharapkan diriku terus berada dijalan diredai ALLAH. Ya ALLAH pemudahkan urusan hidupku. Hanya padaMU hambaMU ini memohon pertolongan. HambaMU ini hanya mampu merancang dan hanya Engkau yang dapat menentukannya.

Sering kali kita terdengar, yakni ada di antara kita yang sering mengharapkan sesuatu tanpa meminta kepada ALLAH, Nauzubillah. Moga kita dijauhkan daripada sifat itu. Janganlah kita memohon pertolongan selain daripada ALLAH. Hanya kepada ALLAH tempat kita memohon pertolongan. Bukan meminta pada kawan2, ibubapa, guru2, suami, isteri dan orang lain. Mereka semua adalah asbab sahaja dalam memberikan pertolongan. Firstly, terdetik dalam hati, mohonlah pada ALLAH. InsyaALLAH, ALLAH akan memberikan jalannya. Berdoalah hanya kepada ALLAH kerana doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

Doa ialah senjata orang islam yang paling berkesan. Doa juga adalah ibadah. Orang yang berdoa akan mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH. Walaupunbagaimanapun, seseorang itu tidak boleh bergantung kepada doa semata-mata. Tetapi harus ada usaha yang gigih. Ini kerana, tanpa usaha, doa yang dipohon tidak mungkin akan dimakbulkan. ALLAH berfirman yang bermaksud Dan Tuhan kami berfirman, “Berdoalah kepada KU nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada KU, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan yang hina” (40:60)

Sewaktu berdoa seharusnya kita menjaga adab. Semoga doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan ALLAH. Antara adab-adab ketika berdoa adalah seperti :-
1.       Apabila seseorang itu hendak berdoa kepada ALLAH, hendaklah dia melakukannya dengan sebaik-baik dan bersungguh-sungguh
2.      Pada waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
3.      Menghadap kiblat
4.      Merendahkan suara antara kedengaran ataupun tidak
5.      Cukup dengan kata-kata yang sederhana, sopan dan tepat mengenai hajat yang dimohon. Amat baik jika doa yang dipilih ialah doa yang diamalkan oleh Rasulullah
6.      Mestilah dalam keadaan khusyuk dan tawadduk kepada ALLAH
7.      Yakin dengan sepenuhnya bahawa ALLAH akan memperkenankan doa kita.
8.      Bertaubat sebelum berdoa
9.      Menyebut dan memuji ALLAH


Sebagai individu muslim kita perlu menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut bukan hanya ilmu dunia semata-mata, tetapi ilmu akhirat juga harus dalami. Agar kehidupan kita sentiasa seimbang di dunia dan akhirat.

Kita seharusnya sentiasa berfikiran positif, mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan, ikhlas hati dalam melakukan setiap amalan, menghadapi rintangan dan halangan hidup dengan berusaha untuk mengatasinya, mengatur strategi pembelajaran, akal digunakan dengan sebaik-baiknya dan tidak menganggap gagal sekali bermakna gagal selama-lamanya.

“Ilmu itu lebih baik daripada harta, sebab ilmu itu selalu menjagamu, sedangkan harta engkau yang selalu menjaganya” – Saidina Ali B. Abi Talib-
Oleh itu, berusahalah menjadi individu yang bukan sahaja cemerlang akademiknya, bahkan berilmu dan bersahsiah.


No comments:

Post a Comment